السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Maksu hanya sempat merakamkan beberapa gambar sekitar majlis ini. Semakin besar empayar keluarga Hj Hasan... semoga Aqidah kita utuh, ukhuwah kita kukuh. Salam Ramadhan..
Agak lama tidak menulis dalam ruangan keluarga ini. Ahlan ya Ramadhan... Ramadhan kareem kepada semua ahli keluarga dan sahabat muslimun wal muslimat. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan mengundang nostalgia pada kita.. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang menyertai Ramadhan pada tahun ini.. adakah akan bertemu lagi ditahun hadapan?
Alhamdulillah tradisi keluarga berkumpul untuk iftar jamaie setiap hujung minggu masih dikekalkan. Tapi.. gambar2 tak dapat di sertakan lagi.. sabaq sat sampai minggu depan no.. maklum la kamera pinjam.
Tapi.. kan, maksu tak berapa ingat tarikh sebab dah berlalu banyak minggu ( sapa2 ingat tolong bg tau ). Dalam bulan ogos yang lalu berlangsungnya majlis pertunangan antara Abdul Rashid Redho dan Saidah Abdul Mu`thi... maksu dan keluarga mendoakan semoga muqaddimah sillah ini akan berakhir dengan akad dan berbahagia dirahmati sepanjang hayat. Pertunangan ini bukan sekadar pertunangan biasa bagi maksu.. ianya penaut kembali keutuhan ukhuwah yang semakin menjauh.
Maksu hanya sempat merakamkan beberapa gambar sekitar majlis ini. Semakin besar empayar keluarga Hj Hasan... semoga Aqidah kita utuh, ukhuwah kita kukuh. Salam Ramadhan..
1 ulasan:
Tahniah kepada abang rashid...
Catat Ulasan