Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua.
Sabtu baru-baru ini terima undangan dari Kak Ani di Tokai untuk semua ahli keluarga berbuka puasa di sana. Dengan berbesar hati kami: maksu dengan paklong sekeluarga menaiki dua buah kereta, paklang sekeluarga juga dari kampong menaiki sebuah van. keluarga Tok Ndot diwakili pakngah keri sahaja. Alhamdulillah.. terasa begitu gembira dapat berkumpul sekali sekala.. dalam pertemuan ini cuma keluarga kekanda Hasanah sahaja yang tak ada. Entah bila dapat berkumpul lagi ya.. semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang.
Gaya macho orang kenyang.. ahaks
Solat Jamaah pengerat ukhuwah..
Selesai majlis, dalam 9.30 malam kami semua berangkat pulang siap dibekalkan makanan untuk bersahur oleh tuan rumah. Bila maksu dah balik, dapat satu berita, ikhwan masuk ke hospital sebab kena langgar motor semasa nak pi beli ais ketul.... MasyaAllah.. dia boleh tahan sakit semasa saudara mara masih dirumah. Tapi hanya kecederaan kecil, maksu doakan semoga cepat sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan