Bismillahirahmanirrahim....
Alhamdulillah, hari ini 1/9/08 merupakan hari cuti dan merupakan hari yang pertama didalam Bulan yang paling mulia iaitu Bulan Ramadhan, untuk pengetahuan, di rumah Tok Kiah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kelauarga besar Hasan...
Terima kasih diucapkan kepada Pak Long (Abdullah) sekeluarga yang telah merancang majlis tersebut... majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir semua anak-anak Tok Wan Hasan walaupun yang tidak semua dapat menghadiri terutama yang jauh-jauh tu.... Untuk yang jauh-jauh tu, jangan bersedih... inshaAllah ianya akan diadakan lebih kerap lagi di hari-hari yang akan datang..
Seperti yang kita sedia maklum.. pada bulan ini akan adanya pelbagai juadah makanan dan minuman terutama kuih-muih yang pelbagai bentuk dan rupa akan ada di pasaran, terutama di Bazar-bazar Ramadhan.... ini terbukti apabila terdapat pelbagai jenis juadah yang dimasak mahupun dibeli didalam Majlis Berbuka Puasa tersebut.. antara menu-menu adalah ayam masak merah, gulai labu, guali daging, sayur campur, kuih hijau, kuih tepong talam, keropok leko, air oren dan apa lagi ye... dah tak ingat la... tapi yang pentig sedap dan semuanya licin.... kalau tak caye boleh tengok gambar nanti ye....
Antara yang hadir di rumah Tok Kiah adalah..... Tok endut, Tok Piah, Pak long sekeluarga, Pak lang ki sekeluarga, Pak cik Asri sekeluarga, Mak andak sekeluarga, Mak andak zaharah sekeluarga, Mak teh Mardiah sekeluarga, Pak ngah Sukri sekeluarga, pak cik leh, pak su, Mak su, Mak long faridah sekeluarga, Pak da, wakil Pak long zu (anak2) , wakil Mak ngan ani (Lutfi) dan yang lain-lain.....
Jadi kemeriahhannya agak luar biasa... Untk yang jauh-jauh tu.... Tok Sampaikan Salam Ramadhan... Ambillah kesempatan ini untuk mengaut segala pahala yang ada... sempurnakan amalan wajib dan perbanyakkan amalan-amalan sunnat.... makanlah makanan yang berkhasiat agar dapat meyegarkan dan menyihatkan tubuh badan... Salam rindu dari Tok Kiah untuk semua yang jauh.... jika ada kesempatan call/sms la Tok.... sebab itu pun dah memadai untuknya...
Jika ada kelapangan call la Tok Kiah, janganlah kita mintak dia call kita pulak....!! untuk sesiapa yang Tok dah call tu.... cepat-cepat la call balik... atau cepat2 la Top Up balik kat Tok tu... sebab dia nak call orang lain pulak....
ok la... Tok Kiah, Tok Endut, dan Tok Piah sampaikan salam kat yang jauh-jauh tu....
wassalam....
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
-
Selasa, 12-11-2024 – Beliau menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel
masih meneruskan pencerobohan mereka ke utara Semenanjung Gaza, di mana
penduduka...
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan