Bismillahirahmanirrohim....
Ini adalah gambar Rumah Keluarga Besar Hasan Salleh yang berada di kg Banggul Enggok...
rumah ini telah dibina hasil titik peluh Tok Kiah(Hjh Che Chak bt Hashim) ,Tok Wan Hasan (Hj Hasan Hj Salleh) dengan anak2nya (terutama Pak Long Lah dan Pak Lang Ki) yang kini masih bertahan sehingga kini walau pun telah dimamah usia....
Dengan itu pengurus Blog ingin membuat satu cadangan bagi membaikpulih semula rumah tersebut, ini kerana rumah tersebut merupakan tempat pertemuan semua ahli keluarga baik yang jauh mahupun yang dekat...
untuk pengetahuan "Emak (Tok Kiah)" masih lagi menetap di rumah tersebut walaupun telah diajak untuk tinggal bersama anak2nya... ini kerana rumah tersebut adalah tempat yang paling selesa baginya (ini kerana terdapat perlbagai kerja yang biasa dibuat berbanding tempat2 lain, bertepatan dengan peribadinya yang active)... kemungkinan juga terdapat pelbagai pengalaman manis mahupun pahit yang tidak dapat dilupakan bersama rumah tersebut...
pembaikpulihan yang terakhir adalah pada bahagian bilik air iaitu pada tahun 2005 yang lepas..
Oleh itu kita sebagai "Anak-anaknya" sepatutnya membina kembali rumah tersebut..
Walaubagaimanapun ada yang berpendapat bahawa usia Emak sudah lajut, dan tidak perlu tinggal bersendirian di rumah tersebut dan sepatutnya rehat bersama cucu-cucunya.. Selain itu juga rumah tersebut berada di atas tanah anaknya yang bongsu, ini tidak bermakna rumah tersebut miliknya, bahkan seandainya Emak sudah tiada rumah tersebut tetap masih menjadi tempat pertemuan ahli keluarga...
untuk pengetahuan rumah ini boleh runtu bila-bila masa je (gambar yang ke-4) .. terutama pada bahagian dapur dan bilik air..
masalah utama untuk cadangan ini adalah masalah kewangan, oleh itu usul ini akan dibincangkan oleh anak2 (Hjh Che Chak bt Hashim) secepat mungkin..
InshaAllah semoga ianya mendapat kemudahan daripada Allah..
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
-
Selasa, 12-11-2024 – Beliau menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel
masih meneruskan pencerobohan mereka ke utara Semenanjung Gaza, di mana
penduduka...
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan