Muhammad Azhar bin Abdurrahim (Pak Ngah At) telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 5/10/2008 bersamaan 5 Shawal 1429 H kira-kira jam 6 petang dirumah Abdullah Hasan.
Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Jenazah beliau akan diuruskan di sini (Rumah Abdullah) sebelum dikebumikan di Pendang Kedah.
Jenazah beliau akan di sembahyangkan di sini pada jam 10 pagi esok sebelum berangkat ke pendang untuk pengkebumian.
Pemergian beliau disebabkan penyakit lelah (asma) yang beliau hadapi menyerang secara tiba-tiba ketika beliau sedang tidur. kenyataan ini disahkan oleh pihak Hospital.
Sama-samalah kita doakan agar keluarga beliau sentiasa bersabar dengan ujian ini.
Sama-samalah kita doakan agar keluarga beliau sentiasa bersabar dengan ujian ini.
Ucapan Takhziah di sampaikan kepada keluarga beliau.
Renungan untuk Kita bersama:
"Dan sesungguhnya Kami akan uji kamu dengan sebahagian daripada ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar" (Al-Baqarah: Ayat 155)

Post By amin_zuki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan