Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

TANAH DAN KITA


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..



Sekadar renungan bersama.. Kita dijadikan daripada TANAH, akan kembali dikebumikan dalam TANAH, juga kita menjalani kehidupan sebagai khalifah ALLAH di atas TANAH. Tanah begitu penting kepada kita. Ada orang milik tanah mlaut luasnya.. hidup kurang bahagia.. ada yang hanya memiliki hanya sekangkang kera hidupnya nampak sempurna, bahkan yang tak punya apa-apa juga mampu hidup dengan tenang serba sederhana.




Tetapi kerana TANAH juga manusia mampu berperang, silatul rahim terputus, kejiranan tercemar. Bagaimana ya?? satu persoalan yang tak mampu untuk dirungkai begitu sahaja selagi ketamakan meraja dalam jiwa. Padahal kalau difikirkan ianya harta dunia yang akan menelan kita bila kita dah dipanggil oleh yang ESA...


( Beruk ni milik abang Din maksu Jemah.. tengok lah lagak dia bila nampak kamera fokus dkt dia, memang mcm beruk.. ahaks.. bkn apa terkenang beruk arwah ayah tinggalkan dulu, banyak sgt kenangan keluargaku dengan beruk milik ayah yang dinamakan Mek Teh, kepakarannya petik buah kelapa n cari kutu kat kepala...itu lah kemanisan kenangan anak-anak kampung yang sukar ditemui masa kini)





Menjelang aidilfitri ini, aku termenung memikirkan persekitaran kita, manusia yang tak punya kematangan dalam menangani kehidupan sehinggakan kerana tanah sekangkang kera yang belum diteroka, mencetus pergaduhan yang besar. Sedangkan empunya diri begitu dihormati oleh masyarakat sekelilingnya.... Aduhh manusia... usah mengaku diri agamawan kalau masalah sekecil ini mampu kau wujudkan musuh dalam dirimu..


( sebahagian anak,menantu dan cucu-cucu perempuan.. aidil fitri 2007)


Walau apapun.. aku bersyukur ( setakat ini ) Kami keluarga Haji Hasan tidak pernah bergaduh pasal harta. Bahkan ibuku dengan rela hati menyerahkan tanah pusaka arwah ayah pada madu-madunya kerana memikirkan apalah perlu direbutkan benda yang sedikit sedangkan kita mampu hidup dengan apa yang kita dah ada. pada 6.9.2009 genaplah 17 tahun ayahanda kembali kerahmatullah... semoga kerukunan keluarga ini terus utuh dan kukuh sepanjang hayat.

( sebahagian anak,menantu dan cucu-cucu n cicit lelaki.. aidilfitri 2007)


Pada 6.9.2009 aku menerima sms dari 2 org abangku mengingatkan tarikh kembalinya ayah ke sisi Penciptanya. Aku tertarik dengan luahan hati abangku juga seorang ayah..


RENUNGLAH..

Hari ini,
17 tahun lalu ayah pulang ke Rahmatullah.
Pada masa tu, umur ayah 8 tahun lebih tua
dari umurku sekarang (58 thn).
Masa ini baru aku dapat rasai
banyak perkara yang masa hidupnya
seorang ayah tak mampu
fahamkan anak-anaknya
kenapa dia buat@bertindak
begitu dan begini.
Rupanya, setelah kita capai umur begini
baru kita tahu
betapa benarnya tindakan ayahku.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT
KE ATAS ROH AYAHKU.
AL-FATIHAH UNTUK AYAHANDA KAMI HJ HASAN BIN SALLEH.

Dikesempatan ini... kususun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua ahli keluarga dan sahabat handai, semua yang mengenali atas setiap salah laku dan tutur kata.. maklumlah, kawan2 slalu ckp kat aku.. "biasala orang kedah" orang kedah ni kasaq tapi mesra...

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA... MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Tiada ulasan:

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas