Assalamualaikum w.b.t
Alfun Syukran buat semua ahli keluarga tercinta, Bonda2 ku, Abang2 dan kakak2 serta semua adik beradikku seramai 24 orang, ipar2 dan anak2 saudara juga sepupu dan semua warga KBE yang terlibat dan menyumbangkan sumbangan2 yang amat bermakna dalam menjayakan majlis perkahwinan Zirwatul Haryati dan Shafie pada 6 jun 2010 yang lalu.
Jasa Kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.
Terutama kepada Abang Lah dan Abang E yang memberikan segalanya yang terbaik untuk majlis adikmu.. mungkin tidak termampu dibalas dengan wang ringgit.. yang terbaik dan layak memberi pembalasan yang sebenarnya hanyalah allah s.w.t.
Mohon maaf kerana dah lama tak hadirkan diri dalam blog ini dan memberikan info2 terbaru tentang keluarga Hj Hasan... masalah line internet yang slow tak dpt nak upload gambar2 menyebabkan banyak perkara kita ketinggalan.
majlis 6 jun yang lalu amat bermakna dihatiku, kesatuan dan kebersamaan keluarga begitu memberikan kesan dijiwa... terimakasih semua, Kak Nah & Abg man yang sanggup pulang dari Gombak lebih dari sekali pada tahun ini, juga saudara2 yang lain. Abang E yang menyediakan keperluan yang terbaik untuk majlis ini. Semoga kesatuan dan kebersamaan kita berterusan selamanya... itulah harapan yang tersemat di jiwa.
Walaupun 7 hari sebelum majlis ini, kita dikejutkan dengan pemergian anakanda Muhammad ali Husaini, namun semua ahli keluarga, terutama keluarga makcik Ndot dapat menceriakan diri menerima taqdir melalui hari2 dengan sempurna dan tenang juga menyumbangkan begitu banyak sekali tenaga untuk majlis ini. terima kasih makcik..
Disertakan sedikit gambar2 dari lensa anak2 saudaraku yang sememangnya tak profesional dalam fotografi... heheheh, kamera ni diberikan pada fatimah sebenarnya. jadi terimalah seadanya apa yang ada untuk kenangan kita. InsyaAllah bila dapat dari jurugambar pro dimasukkan lagi.



Hanya inilah yang mampu di sedikan buat setakat ini. terima kasih semua... tak mampu disebutkan nama seorang demi seorang insan berjasa dalam majlis ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan