Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

PERGINYA MUHAMMAD ALI HUSAINI

Al-Fatihah...
30 mei 2010: pkl 12pm,

aku kerumah abang keri, hanya singgah untuk menghantar barangan / keperluan untuk persediaan walimah pada 6 jun. Diberitahu Ali tak sihat dan kak ani sedang bersia2 utk ke hospital kulim untuk rawatan ali.. aku hanya menjengah ke dalam rumah dan kelihatan ali lena dengan nyenyaknya...

2.30pm
Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, sampai sekitar estet batu putih, aku menerima panggilan dari kak dah ( makcik ndot ) dan sms dari abang ki mengatakan ali kritikal do hospital kulim... aku teruskan perjalanan dan singgah di hospital kulim.


3.15pm
Bertanya di kaunter unit kecemasan, ali dimasukkan wad 2. Aku teragak2 untuk melangkah ke wad, prasangka dalam hati " sekarang dah pukul 3.15pm, kemungkinan besar aku tak dibenarkan masuk melawat oleh pengawal keselamatan. Akhirnya dengan berat hati aku melangkah ke kereta utk menyelesaikan beberapa perkara dan merancang utk kembali ke wad dalam pukul 4:30pm waktu melawat seterusnya.



MALANGNYA... sampai sahaja di trafic light simpang 3 dari hospital ke kilang lama, aku dikejutkan dengan panggilan dari kak dah, penuh dengan tangisan " Atun, ali dah tak ada!!" aku terkasima dan teru berpatah balik ke hospital kulim..




Seorang demi seorang sampai di wad 2 hospital kulim dengan tangisan menyayat hati... Abanglah tiba dan membawa pulang jasad Ali ke kampong untuk disemadikan. Akhirnya pada pukul 9 malam, selepas solat isyak Ali disemadikan di Tanah Perkuburan KBE.




Inilah taqdir dan antara pemergian yang ditangisi dalam kehidupan keluarga Hj Hasan, bermula dengan Kematian Muhammad Sahfie ( anak Kak Nah, meninggal ketika dilahirkan ), Anakanda Shamilatus Saiyidah... ( sebuah pemergian yang menyayatkan hati semua ), dan Anakanda Athirah ( juga menyayatkan... jatuh dari tingkap Flat tingkat 3 kediaman ).


Ya Allah... iringilah pemergian insan2 yang kami sayang dengan rahmat dan kasih sayang Mu. betapa kami menyayangi mereka, Engkau lebih menyayanginya Ya Allah...

Wajah2 Ali ketika ramadhan 2009, majlis berbuka puasa di rumah makcik piah.
Ali dengan kakak.... wajahnya sentiasa penuh keceriaan dan membuatkan insan sekeliling tertawa bahagia..



Ali sentiasa di hati semua..




Ali yang ceria... semoga Ali bahagia di sana




AL-FATIHAH UNTUK ANAKANDA KU MUHAMMAD ALI HUSAINI BIN SUKRI...


Ali sentiasa dihati kami.. kami redha dengan pemergian mu..

Tiada ulasan:

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas