Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

ALONG SELAMAT LANDING DI SARAWAK


Assalamualaikum..


Selamat berangkat kepada Along yang kini selamat landing di lapangan terbang Kuching pada 14 julai 2010 yang lalu.


Semoga temrpat baru memberikan inspirasi baru dan penuh barakah dari Allah...


Salam dari kami semua.... Elok lah berdekatan dengan Nuqman.... pandai2 la adjust waktu balik bercuti nanti...

Kemalangan 11 Julai 2010

Detik antara 6:30-6:45am.... 11 Julai 2010
Jalan Junjung, Kulim..

Ntah la macam mana boleh berlaku, bagaikan mimpi. Kesyukuran dirafa`kan kehadhrat Allah atas peluang kedua utk bernafas dan menjalani kehidupan dengan sihat dan tenang.

Terima kasih buat suamiku... abang Lah dan abang E. Mohon maaf buat anakanda Syafiq, ibu menyebabkan syafiq mendapat kecederaan.. semoga ini adalah pengajaran buat kita.



Beginilah keadaan kereta savy kesayangan maksu, yang begitu byk jasanya pada maksu..


Dlam perjalan pulang dr Kl, singgah berehat di ipoh dan ambil kereta savy utk pulang ke kulim. kami konvoi dua buah kereta. dalam perjalanan terasa mengantuk sangat2 n minta paksu berhenti di hentian gunung semanggol, berehat minum secawan kopi radix dan sekeping roti arab, dan beli coklat hacks hitam sebagai bekalan mengantuk....


Ntah mcm mana dekat2 nak sampai masih mengunyah
hacks dan sambil berzikir kuat2 utk hilangkan rasa
mengantuk... tapi takdir menetukan peristiwa ini
terjadi..



Masa kejadian
Rasa bagai dunia nak kiamat, mcm mana nak keluarkan diri, syafiq yang paling penting. dengar tangisan syafiq rasa mcm sembilu menyucuk perasaan... tp, maksu ttp minta dia kuatkan semangat n cuba kuarkan diri dari kereta, setelah perhatikan keadaan diri duduk mcm mana dlm keta, cuba lonjakkan syafiq naik ke atas, dan alhamdulillah tingkap terbuka dengan luas. Pada masa tu la dengar suara paksu datang dan sebut ya Allah!!!...

selepas dapat melepaskan diri baru cuba hubungi
abang lah n Abang E tapi tak dapat.
jadi cuba hubungi fahmi dan alhamdulillah....
Abang Lah dan Fahmi tiba tak lama kemudian dan cuba uruskan pelbagai urusan,....
Terima kasih Allah... terima kasih Abang2 dan suamiku.... segalanya memberikan erti yang amat besar dalam hidup ini.

Wajah2

Assalamualaikum...

buat semua inilah antara wajah2 yang sempat dirakamkan pada majlis 6 jun 2010
Nuqman komplen gambaq dia takdak.... ni maksu boh atas skali haa.... hehehe



Ni gambaq paling maksu suka... cantiik sgt

waahhh... dua2 hensem





























Agak2 la anis dok kata pa tu...

wah wah wah.... manja nya makteh depa

yang sentiasa berusaha dan bekerja keras dlm apa jua majlis keluarga...


Kekanda Norma

Cerianya tuan rumah...

Bukan senang tau nak makan yang paklang layan

Dan lagi bergaya... nak tunjuk buat keja la tu... heheh

tu dia wajah2 kameramen... gambaq pi mana habih tak tau la

Kekanda sulong... tmksh abg Lah

KELAHIRAN BARU


Assalamualaikum...


Walau agak terlewat, ni lah antara wajah-wajah baru yang hadir dalam keluarga kita. Semoga generasi demi generasi yang lahir dapat memeprkukuhkan persaudaraan dan memberikan sumbangan besar terhadap Agama Allah....

Nur Iman Zulaikha binti Zulkifli



Cucunda Nur ainul Mardhiah bt Ahmad Temizi..
Muhammad Uthman bin Mohd Asri



Muhd Uthman... depa kata mcm muka maksu kecik2 dulu... waaahhhh lawa la maksu kalau mcm ni.. gebu dan comel.. hahahahahah


Muhamaad Yaasin Hasani bin Sukri... pengganti Ali




Muhammad Yaasin...


SEMOGA MEMBESAR SEBAGAI GENERASI YANG SOLEH

WALIMATUL ARUS ZIRWATUL HARYATI DAN SHAFIE

Assalamualaikum w.b.t
Alfun Syukran buat semua ahli keluarga tercinta, Bonda2 ku, Abang2 dan kakak2 serta semua adik beradikku seramai 24 orang, ipar2 dan anak2 saudara juga sepupu dan semua warga KBE yang terlibat dan menyumbangkan sumbangan2 yang amat bermakna dalam menjayakan majlis perkahwinan Zirwatul Haryati dan Shafie pada 6 jun 2010 yang lalu.
Jasa Kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.
Terutama kepada Abang Lah dan Abang E yang memberikan segalanya yang terbaik untuk majlis adikmu.. mungkin tidak termampu dibalas dengan wang ringgit.. yang terbaik dan layak memberi pembalasan yang sebenarnya hanyalah allah s.w.t.
Mohon maaf kerana dah lama tak hadirkan diri dalam blog ini dan memberikan info2 terbaru tentang keluarga Hj Hasan... masalah line internet yang slow tak dpt nak upload gambar2 menyebabkan banyak perkara kita ketinggalan.
majlis 6 jun yang lalu amat bermakna dihatiku, kesatuan dan kebersamaan keluarga begitu memberikan kesan dijiwa... terimakasih semua, Kak Nah & Abg man yang sanggup pulang dari Gombak lebih dari sekali pada tahun ini, juga saudara2 yang lain. Abang E yang menyediakan keperluan yang terbaik untuk majlis ini. Semoga kesatuan dan kebersamaan kita berterusan selamanya... itulah harapan yang tersemat di jiwa.
Walaupun 7 hari sebelum majlis ini, kita dikejutkan dengan pemergian anakanda Muhammad ali Husaini, namun semua ahli keluarga, terutama keluarga makcik Ndot dapat menceriakan diri menerima taqdir melalui hari2 dengan sempurna dan tenang juga menyumbangkan begitu banyak sekali tenaga untuk majlis ini. terima kasih makcik..
Disertakan sedikit gambar2 dari lensa anak2 saudaraku yang sememangnya tak profesional dalam fotografi... heheheh, kamera ni diberikan pada fatimah sebenarnya. jadi terimalah seadanya apa yang ada untuk kenangan kita. InsyaAllah bila dapat dari jurugambar pro dimasukkan lagi.

Gulai kawah yang menjadi sebutan tetamu yang datang, kawan dari ipoh mengidam lagi minta dimasakkan khas... cmana nak buat ni.. nak kenduri pulak lambat lagi

Daging2 yang telah dikorbankan utk majlis, sumbangan Ibu tersayang, Abang E dan Paksu Ghazali.. terimakasih Mak, abang E dan Paksu

penuh kosentrasi mengacau gulai... hehe

Antara tetamu yang hadir, khemah tajaan Abang E...


Malam sebelum kenduri.. sedikit tahlil diketuai Abang Lah.. semoga Allah memberkati kita semua


Pengantin belarak... slek skt la.. semua kat belakang tu tuan rumah, rombongan pengantin lelaki parking depan... maklum la pengantin drive sendiri jd kena tahan tgh jalan.. apa pun ianya tetap kenangan manis yang mampu dikenang. len kali buat baik2 pesan kawan2. ada len kali ka? hehe

Rombongan dari kedah ke kelantan 12 jun 2010... ramainya ahli keluarga Hj hasan...

Kenaikan ni.... cerianya ibu mengandung!

Depa nak tumpang glamer.. boh ja la gambaq ni.. sian plak anak2 maksu

Segak bergaya... sopan orangnya, ada yang berkenan?

Malam kenduri, paksu komplen kat maksu, dia kata maksu potong kek tak bagi pun sepotong kat dia, edarkan pada adik beradik ja.. hahahha.... lupa la kata dah ada suami, kan 34 thn hidup sorang... tak pa nanti beli len bagi makan.. ahaks.


Setiap majlis tak akan ada serinya tanpa siti sarah...

Tu dia... anak2 dara. ceria nampak!

Makan pengantin, dulu org kata pengantin tak lalu makan... memang pun. rugi tak pesan suh depa simpan skt kat dapoq. Timakasih kak Miah, kak Mariah, kak Ton dan kak Norain yang menyediakan hidangan pengantin dengan penuh keikhlasan. Pinggan mangkuk tajaan mak Long Rasidah..

Di masjid kg Selarong untuk majlis akad nikah..

ermmmm....


Antara kehadiran yang amat bermakna.. jejak kasih mak dan adiknya. juga orang2 kuat sebalik tabir majlis ini


Majlis Burdah dan berendoi cucunda Ainul Mardhiah


Keluarga dan kehidupan baruku... doakan semoga hidup kami bahagia dirahmati dan diberkati Allah sepanjang hayat.
Hanya inilah yang mampu di sedikan buat setakat ini. terima kasih semua... tak mampu disebutkan nama seorang demi seorang insan berjasa dalam majlis ini...

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas