Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

TANAH DAN KITA


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..



Sekadar renungan bersama.. Kita dijadikan daripada TANAH, akan kembali dikebumikan dalam TANAH, juga kita menjalani kehidupan sebagai khalifah ALLAH di atas TANAH. Tanah begitu penting kepada kita. Ada orang milik tanah mlaut luasnya.. hidup kurang bahagia.. ada yang hanya memiliki hanya sekangkang kera hidupnya nampak sempurna, bahkan yang tak punya apa-apa juga mampu hidup dengan tenang serba sederhana.




Tetapi kerana TANAH juga manusia mampu berperang, silatul rahim terputus, kejiranan tercemar. Bagaimana ya?? satu persoalan yang tak mampu untuk dirungkai begitu sahaja selagi ketamakan meraja dalam jiwa. Padahal kalau difikirkan ianya harta dunia yang akan menelan kita bila kita dah dipanggil oleh yang ESA...


( Beruk ni milik abang Din maksu Jemah.. tengok lah lagak dia bila nampak kamera fokus dkt dia, memang mcm beruk.. ahaks.. bkn apa terkenang beruk arwah ayah tinggalkan dulu, banyak sgt kenangan keluargaku dengan beruk milik ayah yang dinamakan Mek Teh, kepakarannya petik buah kelapa n cari kutu kat kepala...itu lah kemanisan kenangan anak-anak kampung yang sukar ditemui masa kini)





Menjelang aidilfitri ini, aku termenung memikirkan persekitaran kita, manusia yang tak punya kematangan dalam menangani kehidupan sehinggakan kerana tanah sekangkang kera yang belum diteroka, mencetus pergaduhan yang besar. Sedangkan empunya diri begitu dihormati oleh masyarakat sekelilingnya.... Aduhh manusia... usah mengaku diri agamawan kalau masalah sekecil ini mampu kau wujudkan musuh dalam dirimu..


( sebahagian anak,menantu dan cucu-cucu perempuan.. aidil fitri 2007)


Walau apapun.. aku bersyukur ( setakat ini ) Kami keluarga Haji Hasan tidak pernah bergaduh pasal harta. Bahkan ibuku dengan rela hati menyerahkan tanah pusaka arwah ayah pada madu-madunya kerana memikirkan apalah perlu direbutkan benda yang sedikit sedangkan kita mampu hidup dengan apa yang kita dah ada. pada 6.9.2009 genaplah 17 tahun ayahanda kembali kerahmatullah... semoga kerukunan keluarga ini terus utuh dan kukuh sepanjang hayat.

( sebahagian anak,menantu dan cucu-cucu n cicit lelaki.. aidilfitri 2007)


Pada 6.9.2009 aku menerima sms dari 2 org abangku mengingatkan tarikh kembalinya ayah ke sisi Penciptanya. Aku tertarik dengan luahan hati abangku juga seorang ayah..


RENUNGLAH..

Hari ini,
17 tahun lalu ayah pulang ke Rahmatullah.
Pada masa tu, umur ayah 8 tahun lebih tua
dari umurku sekarang (58 thn).
Masa ini baru aku dapat rasai
banyak perkara yang masa hidupnya
seorang ayah tak mampu
fahamkan anak-anaknya
kenapa dia buat@bertindak
begitu dan begini.
Rupanya, setelah kita capai umur begini
baru kita tahu
betapa benarnya tindakan ayahku.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT
KE ATAS ROH AYAHKU.
AL-FATIHAH UNTUK AYAHANDA KAMI HJ HASAN BIN SALLEH.

Dikesempatan ini... kususun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua ahli keluarga dan sahabat handai, semua yang mengenali atas setiap salah laku dan tutur kata.. maklumlah, kawan2 slalu ckp kat aku.. "biasala orang kedah" orang kedah ni kasaq tapi mesra...

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA... MAAF ZAHIR DAN BATIN.


سلام عيد الفطر بوات سموا يغ دكاسيهي

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
كل عام وانتم بخير
Buat semua cucu-cucu permata hatiku...
tiada apa yang ku tagihkan
tika usia menginjak senja
hanya secebis ingatan dan kasih
dari insan bergelar anak dan cucu
mungkin kalian bosan
dengan leteran yg kadang-kadang
terlontar
dari hatiku yg tulus
tiada dendam yang membara
hanya kasih dan rindu
membara di dada
mungkin kalian juga bosan
terkadang ada permintaanku yang bukan-bukan
tetapi aku juga
tidak punya siapa-siapa
hanya anak dan cucu
sebagai nyawa
tempatku mengadu
melepaskan rindu,geram dan kasih
bercampur
berbaur
mungkin juga caraku
dan cara kalian
dari dunia yang berlainan
menyebabkan adanya jurang
dalam menunjukkan kasih sayang
dihujung usia ini
tiada yang ku harapkan
melainkan
kasih sayang dan keperihatinan
agar aku tidak terasa terasing
dalam meneruskan sisa sisa kehidupan
yang masih berbaki
SELAMAT HARI RAYA
BUAT SEMUA ANAK-ANAK TERCINTA
CUCU-CUCU NADI DAN NYAWA
DOAKAN AKU SEJAHTERA DI DUNIA DAN DI ALAM SANA
BERTEMUKAH LAGI KITA
RAMADHAN SETERUSNYA..
BUAT ANAK-ANAK TERCINTA..
Abdullah
Rohani
Ahmad Zuki
Rohenah
Ahmad Tamezi
Norma
Mohd Asri
Zirwatul Haryati
CUCU-CUCU KESUMA JIWA
Abdul Rashid Redha,Abdul Rashid Fahmi, Syamilatul Sobrini, Abdul Rashid Siddiqi, Syamilatun Nur, Syamilatus Sufia, Abdul Rashid Muhammadi, Syamilatul Syamimi, Kahirul Ashraf, Khairul Lutfi, Mubarak Jiddan, Ikhwanul Muslimin, Anis Islami, Anes Adilla, Khairul Irsyad, Siti Asmaq, Ahmad Aiman, Ahmad Amin, Ahmad Ali, Ahmad Alimuddin, Siti Atiqah, Ahmad Azimi, Siti Afifah, Ahmad Afif Thani, Muhammad Bukhari&Ainul Kauthar, Muhammad Ghazali, Nabilah, Adibah, Nadiah, Muhammad Hanafi, Ahmad Tarzidi, Ahmad Tazrul, Intan Nur Laili&Muhammad Tarmizi, Ahmad Tarmimi, Ahmad Tarziman, Nuqman, Ahmad Ikram, Muhammad Syakirin, Siti Fatimatuzzahra, Rabiatul Adawiah, Siti Khadijah,Siti Hajar,Muhammad Umar, Siti Sarah dan Muhammad Ibrahim.
CICIT-CICIT
Abdullah Umar Alfarouk & Muhammad Alfatih
SALAM AIDIL FITRI.. SARAT DENGAN KASIH SAYANG ABADI...
Hjh Che Chak binti Hashim..

IFTOR JAMAIE DI TOKAI

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua.


Sabtu baru-baru ini terima undangan dari Kak Ani di Tokai untuk semua ahli keluarga berbuka puasa di sana. Dengan berbesar hati kami: maksu dengan paklong sekeluarga menaiki dua buah kereta, paklang sekeluarga juga dari kampong menaiki sebuah van. keluarga Tok Ndot diwakili pakngah keri sahaja. Alhamdulillah.. terasa begitu gembira dapat berkumpul sekali sekala.. dalam pertemuan ini cuma keluarga kekanda Hasanah sahaja yang tak ada. Entah bila dapat berkumpul lagi ya.. semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang.
Gaya macho orang kenyang.. ahaks

Solat Jamaah pengerat ukhuwah..

Sarah & Ibrahim dah pandai solat.. Ibrahim sedia nak jadi imam untuk kak sarah...



Menu istimewa... Ais Kacang Pencuci mulut.. sedap tau!! tak jumpa kat kedai.. sehebat ni sebab di buat dan dihidang dengan penuh keilhlasan dan kasih sayang..



Mercun tak menjadi.. meriahnya sesekali berkumpul. doakan keunggulan keluarga ini kekal selamanya.




Anak-anak saudara ku meriah bermain bunga api.. terkenang semasa kecik2 dulu.





Bersedia memulakan sedikit tahlil ringkas






Sesungguhnya makanan yang berkat itu ialah yang sedikit tetapi disentuh oleh banyak tangan..





Selesai majlis, dalam 9.30 malam kami semua berangkat pulang siap dibekalkan makanan untuk bersahur oleh tuan rumah. Bila maksu dah balik, dapat satu berita, ikhwan masuk ke hospital sebab kena langgar motor semasa nak pi beli ais ketul.... MasyaAllah.. dia boleh tahan sakit semasa saudara mara masih dirumah. Tapi hanya kecederaan kecil, maksu doakan semoga cepat sembuh.













KELUARGA PAKSU GHAZALI...


Sekadar mengimbas kenangan... selak-selak album lama, terjumpa gambaq paksu sekeluarga lama-lama dulu.... entah bila nak dapat gambar2 baru ya..


Paksu.. insan yang paling banyak berjasa pada saudara-saudaranya jua anak-anak saudara. Boleh dikatakan hampir kesemua anak-anak saudara pernah merasai jasa paksu... boleh dicarikah lagi insan sebegini yang tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupannya?


semoga Allah merahmati dan memberkati paksu dunia dan akhirat.
Agak-agak kenai dak lagi wajah-wajah ni?





SEPUTAR KENANGAN DI SK SRI SELAMA

Alhamdulillah... 12 minggu akan berakhir pada 18/9/2009. rasa mcm baru semalam melaporkan diri di SK Sri Selama untuk menjalani praktikum selama 12 minggu. Pengalaman pertama dan kenangan ini amat berharga.. semoga ianya bakal menjadi bekalan yang amat berharga suatu hari nanti.
Bersama anak-anak 4 Amanah


Semasa Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah


Bersama anak-anak 5 Ikhlas

Didoakan semoga mereka menjadi anak-anak yang cemerlang dan Hamba Allah yang Soleh.. diberkati dan dirahmati dunia & akhirat.

p/s: mohon maaf kerana terkeluar sikit dari tema kekeluargaan.. :)


MAJLIS PERTUNANGAN ABDUL RASHID REDHO

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Agak lama tidak menulis dalam ruangan keluarga ini. Ahlan ya Ramadhan... Ramadhan kareem kepada semua ahli keluarga dan sahabat muslimun wal muslimat. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan mengundang nostalgia pada kita.. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang menyertai Ramadhan pada tahun ini.. adakah akan bertemu lagi ditahun hadapan?


Alhamdulillah tradisi keluarga berkumpul untuk iftar jamaie setiap hujung minggu masih dikekalkan. Tapi.. gambar2 tak dapat di sertakan lagi.. sabaq sat sampai minggu depan no.. maklum la kamera pinjam.


Tapi.. kan, maksu tak berapa ingat tarikh sebab dah berlalu banyak minggu ( sapa2 ingat tolong bg tau ). Dalam bulan ogos yang lalu berlangsungnya majlis pertunangan antara Abdul Rashid Redho dan Saidah Abdul Mu`thi... maksu dan keluarga mendoakan semoga muqaddimah sillah ini akan berakhir dengan akad dan berbahagia dirahmati sepanjang hayat. Pertunangan ini bukan sekadar pertunangan biasa bagi maksu.. ianya penaut kembali keutuhan ukhuwah yang semakin menjauh.


Maksu hanya sempat merakamkan beberapa gambar sekitar majlis ini. Semakin besar empayar keluarga Hj Hasan... semoga Aqidah kita utuh, ukhuwah kita kukuh. Salam Ramadhan..






























Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas