Sewaktu pulang dari sekolah kemaren.. hari khamis 19 april 2012.. maksu terfikir2 tentang keluarga besar kita... kita punya keahlian yang amat ramai, sebanyak 155 orang.. tetapi kadang2 diantara kita macam ada jarak. Mungkin cara hidup, persekitaran, pendidikan dan ada pendapat serta pandangan tersendiri membuatkan kita semakin jauh. Sudah berlaku kepada generasi ke 3 ( cucu2 hj hasan ), belum lagi pada generasi ke 4 yang masih kecil itu serta generasi2 seterusnya.
Sedangkan maksu lihat pada sebuah keluarga besar di kampong kita.. cucu2 maklong jah ( anaknya suami makngah nah yang jual kerepek pisang dan kopi kampong di kenali dengan nama abang awang ).. mereka punya generasi yang amat memelihara ukhuwah. antara contoh yang amat baik..
1 )Mereka punya dana sendiri sehinggakan mampu melabur utk membeli tanah yang mendatangkan hasil.. dengarnya hampir jutaan ringgit sekarang ( maksu kurang pasti.. tetapi sememangnya mereka mulakan dengan tabungan/sumbangan tetap ).
2) Mereka adakan pertemuan sebulan sekali secara berjadual di mana2 rumah yang telah ditetapkan menikut jadual yang telah diatur. Acara ini WAJIB!!
3) Mereka akan adakan HARI KELUARGA setiap tahun juga sebagai program wajib.
Maksu tidaklah mengharapkan kita punya dana sampai jutaan RM.. tetapi itu adalah contoh yang amat baik utk kita ambil dan laksanakan kerana kadang2 apabila berlaku sesuatu peristiwa ( contoh perkhemahan 2010 dan pemergian Allahyarham kekandaku Ahmad Tamezi ) kita banyak mengharapkan orang2 tertentu seperti paklong, paklang dan pakcik tampil menjadi sponsor... kadangkala ini agak membebankan kerana jumlah yang perlu dikeluarkan agak banyak sekali gus. Sedangkan kita tak tahu apakah mungkin mereka juga sedang agak kesempitan dan ada keperluan sendiri yang penting. Kerana maksu tau abang2 maksu ini jarang menolak apabila adik2 / anak saudara memerlukan mereka, kecuali kalau mereka benar2 sempit, itu pun kadang2 masih cuba usahakan.
Besar harapan maksu kita boleh menyumbang sedikit sahaja setiap bulan untuk tabungan keluarga ini.
CADANGAN MAKSU :
Setiap yang punya pendapatan sendiri menyumbang minima RM10 sebulan.
CADANGAN PAKLANG:
Setiap keluarga menyumbang RM5 seorang bagi setiap ahlikeluarga. Contohnya : Paklang mempunya ahli keluarga seramai 12 orang akan menyumbang RM60 setiap bulan.
Mungkin cadangan paklang itu agak membebankan bagi sebuah keluarga yang berpendapatan agak kurang seperti Mak Long Faridah yang mempunyai 4 orang anak dia kena keluarkan RM30 setiap bulan.
Tetapi boleh juga dipersetujui.. bagi yang kurang berkemampuan sumbangkanlah ikut keikhlasan masing2.
Andai ada yang boleh mulakan bertindak.. setkan satu tarikh mesyuarat keluarga dan kita bincang...
PROGRAM YANG KITA DAH BUAT
1) Majlis berbuka puasa secara bergilir setiap hari cuti. Biasanya hanya 4 kali dan sempat bertadarrus juga solat berjamaah bersama. Program ini amat baik utk kita teruskan.
2) Perkhemahan keluarga ( ada beberapa kali.. )
3) Usrah cucu2 Tok Kiah ( ada beberapa kali dianjurkan oleh aiman )
2) Perkhemahan keluarga ( ada beberapa kali.. )
3) Usrah cucu2 Tok Kiah ( ada beberapa kali dianjurkan oleh aiman )
PROGRAM YANG MAKSU CADANGKAN
1) Wujudkan dana tabungan
3) Program hari keluarga setiap tahun / perkhemahan dan seumpamanya secara terancang
1) Wujudkan dana tabungan
- Boleh kita gunakan untuk program2 seperti hari keluarga
- Boleh kita sumbangkan untuk anak2 yang dapat sambung belajar ke peringkat tertinggi
- Boleh kita jadikan "pinjaman" kepada ahli keluarga yang memerlukan seperti untuk
memulakan perniagaan. - Boleh kita sumbangkan kepada ahli keluarga yang ditimpa masalah seperti sakit dan memerlukan rawatan tetapi mempunyai masalah membiayai bil hospital.
- DAN MACAM2 KEBAIKAN YANG KITA DAPAT DAN BOLEH BUAT DENGAN DANA TERSEBUT.
3) Program hari keluarga setiap tahun / perkhemahan dan seumpamanya secara terancang
Maksu amat2 mengharapkan tindak balas dari ahli keluarga...
email maksu: zirwatulharyati@yahoo.com
YA ALLAH, AKU AMAT SAYANG KELUARGA INI...