Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

Assalamualaikum semua!!!



Toksu muncul dengan berita terkini... hari ini 1 oktober 2011, telah berlaku dua kelahiran baru dalam bula september 2011 iaitu, lahirnya cucunda belum ada nama kot.... daripada Muhammad Bukhori dan Ainul Kauthar pada hari sabtu yang lalu.. brp haribulan ha? haa 24/9/2011. Alhamdulillah bayi lelaki seberat 2.8 kg ini sihat... selamat datang ke dunia ini cucuku.



Kelahiran kedua pula pada hari isnin berikutnya 26 september 2011 di hospital kulim, lahirlah seorang bayi perempuan kepada pasangan sukri bin hasan dan nuraini.... eheemmm.. dengar kata insyaAllah namanya Nur Asyfa Haseena. Gambarnya tengah diusahakan...








Selamat datang menantu baru


Alhamdulillah pada 19 mac 2011 yang lalu, Makngah Ani dan Pakngah Lah selamat menyambut 2 orang menantunya... Alaaa, maksu lupa nama penuh, Abang On dan pasangannya Hana serta Luthfi dan pasangannya Miza. Selamat datang ke dalam keluarga besar kami. Semoga kehadiran kalian memeriahkan dan menceriakan lagi ikatan ukhuwah yang ada. Malangnya maksu tak dapat gambaq2 abang On dan hana. gambar2 luthfi dan miza pun maksu ambil dr facebook... ada jugak guna facebook ni ya...


Semoga perkahwinan ini membawa kebahagiaan dan rahmat sepanjang hayat...

menjeling menjeling jer ker?

Senyum bahagia pengantin baru

Bila nak tambah cucu Tok Kiah ni?

TAHUN BARU YANG INDAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada Perayaan Tahun Baru China pada kali ini kita dapat bertemu dengan sebahagian ahli keluarga Tok Kiah.. iaitu keluarga Makngah Mok Lan.
Program @ pertemuan ini diadakan pada 6 Feb 2011 yang lalu di Batu maung, rumah saudara David anak kepada Makngah Mok Lan.. Rami yang hadir menyertainya.. iman ja yang tak mai.. heheh.
Paklong sekeluarga, pakcik sekeluarga, Makngah Ani pun hadir walaupun pada siangnya majlis akad nikah Asyraf di pendang, Mak ndak sekeluarga, Paklang sekeluarga, Pak njang dan Makteh
tak dapat hadirkan diri.. pakcik leh dan makcik baru jugak dapat luabngkan masa bersama2.
dah la makan sedap dan banyak... yang tak kawen siap dpt angpau lagiii. Al-Kisah pakat beratoq la geng2 pia & abang chik utk amek angpau.. azimi nampak malu2 tapi mahu.. heheh
Alhamdulilllah dengan pertemuan ini InsyaAllah akan ,menautkan kembali ukhuwah kita yg kian menjauh...
Hanya inilah gamabr2 yang mampu msu letak.. ni pun amek dari FB aiman.. semua dah tgk dlm fb kan...
Buat my cousin david& co... jgn lupa jemput lagi..
salam ukhuwah buat semua


PERKAHWINAN FAZLI.... ( ANAK PAKNGAH YA )


Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..

Pada 25 november yang lalu Keluarga pakngah Ya menerima ahli keluarga baru dengan berlangsungnya perkahwinan mohd fazli... pada majlis kali ini menyaksikan ramai saudara yang hadir termasuklah saudara mara dati pattani.
Kami medoakan kebahagiaan buat fazli dan pasangannya. Maksu lupa la nama pengantin perempuan.
kepada yang tak hadir ke kenduri 25 desember lepas, ini lah wajah ahli keluarga baru kita. Maksu kurang sihat kebetulan ada saudara dari kelantan menjadi tetamu di rumah, jadi agak petang baru sempat menghadirkan diri.
Bergaya pengantin kita.... semoga berbahagia dan diberkati sepanjang hayat.

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas