Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

Akad Kak 0ny

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah pada 15.2.2010 baru2 ini, telah berlangsung majlis akad nikah anakanda Sobrini dan pasangannya Mohd fadhil fahami. Malam yang sederhana lagi diberkati ( InsyaAllah ) itu disertai dengan majlis bacaan Tahlil yang diketuai oleh anakanda Mohd Muhyiddin Al-Hafiz..

Sebaik sahaja selesai Tahlil terus berlangsungnya Majlis Akad nikah yang diakad sendiri oleh Kekanda Abdullah..

Ramai ahli keluarga yang datang dan menghulurkan bantuan.. Terutama kakakku tersayang, kak ani yang tiba seminggu lebih awal, berkampong di kulim.. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya.


Pelbagai gelagat menyerikan kemeriahan majlis... hanya ini lah gambar2 yang dapat dirakamkan dari lensa maksu.. semoga kebahagiaan milik kita semua.

Dah tengah malam baru paklong & maklong sempat menjamah makanan.. dok tunggu nak makan dgn pengantin..

2 Orang sepupuku... Abg besaq & abg Chen dengan paksu Daud tgh menjamu selera. sesekali bertemu macam2 cerita ada.

Ni calon2 pekerja sosail... semangan depa buat keja tau...

peluang bergambar dengan 3 orang tok ni bukan senang.. paklong sekeluarga bersama menantu baru dan ibu2..

Anak2 perempuan bergambar dengan paklang dan pakcik... susah nak dpt peluang ni

Muhammad mengetuai bacaan tahlil.. semoga ada lagi Huffaz dalam keluarga kita selain Udin, Iki dan Muhammad.

Siti Sarah tak pernah ketinggalan dalam apa jua majlis.. jatuh kerusi 2 kali mlm tu, syakiriin jugak kena marah. ahaks.

Tahlil yang berlangsung... disertai oleh jemaah masjid dan ahli keluarga yang hadir

Majlis Akad Nikah..

Fadhil ikat kak oni dgn rantau tangan... tak leh pi mana dah lps ni... hehhe

Sekian dahulu utk kali ini... nanti maksu upload lg gambar2 org penting dlm majlis tu na! tukang basuh pinggan, tukang hidang n mcm2 lagi.. semoga anak2 saudaraku bahagia dan diberkati Allah selalu

KENANGAN ITU

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..


Beberapa bulan lepas, maksu ke rumah Tok Su Ghazali di Alor Setar, dan.. inilah yang maksu jumpa.. gambar2 lama yang begitu mengimbau kenangan.. lihatlah.. Ayahanda ku yang handsom dan Ibuku yang cantik.. macam heroin Korea.. hehe.. Tok Su Ghazali dan Toksu Maliah juga Tok Su Jemah dan Tok Lang Saman.
Di belakang, Ayahanda Hj Hasan dan Paklang Saman bersama anak2 ( maaf, maksu taktau sapa, mungkin Paklong Lah anak toksu jemah) Duduk di Hadapan, Ibuku Hajah Rokiah dan Maksu Jemah serta anak2 maksu & Paklang.


Paksu Ghazali dan Masu Maliah,bersama 2 anak mereka, (kalau tak salah Kak zaidah dan abg nasir semasa kecil)


Paksu dan Maksu di zaman muda mereka, sama cantik dan sama padan..
Sebenarnya dah lama maksu tercari2 gambar2 lama tokwan dan tok yang berada dalam simpanan sebelum ini. Tapi malangnya hilang begitu sahaja dengan frame2nya sekali. Gambar ni kalau tak salah diambil dari simpanan Kak Mek abg Mokti.. bapa mertua ARR.
sesiapa yang ada gambar2 lama utk di masukkan ke sini dialu-alukan.. untuk tatapan anak2 generasi akan datang.


Ahmad Yasin Hasani

Bismillahhirahmanirrahim
Berita terbaru buat semua, anak saudara ku yang baru dilahirkan pada 30.1.2010 insyaAllah akan diberi nama Ahmad Yasin Hasani bin Sukri. Semoga kelahiran ini menambahkan bilangan pejuang Agama Allah di atas muka bumi ini..
عيش عزيزا او مت شهيدا
Hiduplah kamu dlm keadaan mulia atau mati syahid.

KELAHIRAN BARU

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum...

( nak letak gambar baby takdak.. kira gambar Ali & Maksu ni ok la kan )

Tetiba hr ni maksu dapat sms dari Mak Ngah Ani Pak Ngah Keri .. berita gembira utk kita semua, makngah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 30 1.2010 yang lepas. Ni cucu Hj Hasan ke 84. Mak Ngah tengah cari nama.. maksu cdgkan Mohd Amjad Hasani.. tapi makngah tak berapa minat Amjad. So sapa2 ada cadangan utk nama baby ni.. nak huruf A jugak supaya sama dengan Ali Husaini & Alif Haikal.. sila berikan cadangan anda kepada Mak Ngah Ani sebelum Ahad ni ya.. Nombot Tel Mak Ngah : 0134592932

MAJLIS AKAD REDHO & SA`IDAH


Assalamualaikum...
Pada 31 disember yang lalu berlangsungnya Majlis Meraikan perkahwainan Abdul Rashid Redho dan Sa`idah serta Syakiroh dan pasangannya di Pengkalan Hulu Perak. Kami semua mengucapkan
بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما في خير

Ni la wajah-wajah anak saudara ku dihari penuh bersejarahnya. Maksu dan semua ahli keluarga mendoakan kebahagiaan Asyid dan Sa`idah sehingga akhir hayat. Nantikan hari gilang gemilang di jalan tunku bendahara pada 13 mac nanti. majlis yang gemilang tapi sederhana insyaAllah.

BUAT SEMUA.. TERIMALAH SECEBIS KENANGAN INI..
dari lensa maksu


Asyik ambik gambaq ja.. sesekali maksu nak gak tumpang glamour kan

Kedua pasangan pengantin, sama cantik sama padan dan sama soleh insyaAllah

Antara ahli keluarga yang hadir.. kalau siapa masih ingat, yang bertudung pink tu Mak Njang Noreha.. insan berjasa yang ngasuh Asyid n beberapa adiknya semasa kecik.. maksu dan juga makan jasa Mak Njang Noreha sebelum asyid lahir tu.. Jasamu dikenang.


Dayang2 membawa dulang hantaran Sultan Mahmud.. ahaks

Dalam debaran.... menjadi seorang suami.. asyid tengah pikiaq apa la agak2
Alhamdulillah.. selamat semuanya. bermulalah kehidupan ARR sebagai suami orang


Bergambar Kenangan dengan Long Su, Paksu Man, Umi & Abah

Membatalkan Wudhuk.. Hadiah sebentuk cincin dan seutas jam tangan...


Susah nak tgk asyid senyum bergaya macam ni..

Kami mendoakan kebahagiaan ini berkekalan & menyambung warisan keluarga serta melahirkan mujahid dan mujtadid.


Merenung masa depan.... semoga diberkati




OK LAH.. setakat ini dahulu persembahan kami... mana yang baik jadikan tauladan, mana yang buruk jadikan sempadan.. ewwaaaaahh.
maaf la gambaq ni berceramok tak ikut urutan peristiwa. tension dah maksu.. memula uplod cantik tapi asyik tersekat ja.. last2 dah jd mcm ni la.. asalkan ada untuk tatapan orang jauh.
SEMUA JANGAN LUPA MAJLIS DI RUMAH PAKLONG PADA 13 MAC NANTI. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERKUMPUL DALAM SUASANAN YANG BAHAGIA, CERIA DAN BERSATU HATI. SAPA2 YANG NAK BAGI SAHAM KAT PAKLONG.. ( pelaburan hampa nak kawen esok.. hehehe ) SILALAH BERBUAT DEMIKIAN...
SALAM SAYANG DARI JELAPANG

PERTUNANGAN KAK ONI


Assalamualaikum...


Ya tuan2 dan puan2, kita kembali bersiaran setelah penulis beruzlah agak lama.. heheh.. macam2 yang maksu nak masukkan sebenarnya, tapi mcm2 kekangan hadir dalam agenda kehidupan. Banyak cerita utk semua.. antara peristiwa penting dalam keluarga kita, pertunangan kak oni pada tarikh yang maksu dah lupa, heheh.. dengan Mohd Fadhil Fahami bin Najib Fahami ( maap la fadhil kalau maksu salah eja nama). Selamat Datang diucapkan kepada bakal menantu saudaraku.. mereka akan diijabkan insyaAllah pada 14 feb ini dan seterusnya majlis akan berlangsung pada 13 Mac 2010 bagi meraikan 2 mempelai.. iaitu Abdul Rashid Redho & Sa`idah serta Kak Oni & Fadhil. Terimalah kami seadanya sebagai ahli keluarga baru.. ini lah kami.. keluarga yang besar kuantitinya begitu juga sebahagian besar body2nya...

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas