Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah mencipta kamu dari yang satu dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya, dan daripada keduanya ALLAH memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dengan namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
Ayat di atas disokong kuat oleh sebuah hadith Qudsi sepertimana sabda Rasulullah SAW.
Maksudnya:
“ALLAH telah berfirman. Aku adalah ALLAH. Aku adalah Ar-Rahman. Aku mencipta rahim dan Aku telah pecahkan baginya (rahim) Nama dari NamaKu; oleh itu siapa yang menghubungkannya nescaya Aku akan hugungan dia, barangsiapa yang memutuskannya nescaya Aku akan memutuskannya.”
Berdasarkan hadith, lebih-lebih lagi pada hari baik bulan baik ini eloklah kita pertingkatkan hubungan silaturrahim di kalangan keluarga terdekat kerana definasi silaturrahim adalah jalinan di antara kaum kerabat yang ada pertalian darah sesama mereka termasuk juga ibu dan bapa mertua kita.
Berdasarkan hadith tersebut, adalah sesuatu yang malang juka kita memutuskan silaturrahim, kerana selain dari satu dosa ia akan menjadi halangan untuk mendapat Rahmat ALLAH dan segala amalan-amalan kita tidak akan diangkat ke langit.
Sebaliknya ganjaran orang-orang yang menghubungkan dan mengeratkan silaturrahim sungguh banyak. Antara lain ALLAH SWT akan menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita, menghindarkan mati dengan cara tiba-tiba atau mengejut, menyucikan hati dan membersihkan jiwa. Ianya juga adalah satu jalan ke syurga dan satu cara menghapuskan dosa-dosa. SWT.