Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

Cicit Sulong Tok

Nama: Abdullah Umar Al-Faruq bin Muhammad Bukhori

Saya nak ucapkan Selamat BerhariRaya Daripada Kami Sekeluarga..!! Ditujukan Khas kepada Nenek dan Atok yang Berada di Gombak..... dan Terutama sekali kepada Tok Nek yang berada di Kg Banggul Enggok... dan tak lupa juga kepada Pakngah Jali, Maklang Nabila, Makandak Adibah, Paksu Hanafi.... dan kepada semua pak menakan dan mak menakan yang berada bersama Tok Nek dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini...

Walaupun kami hanya balik sekejap je beraya bersama dengan Tok Nek... kami harap raya kali ini lebih meriah lagi...

InshaAllah... sekiranya berkesempatan Kami sekeluarga akan Pulang beraya pada raya AidilAdha nanti....

Salam Rindu Dari yang Jauh....

Program Khattam AQ + iftor

Bismillahhirahmanirrahim

Jutaan terima kasih di luahkan kepada pencipta yang Maha Esa, atas permberian nikmatnya yang tak terhingga banyakknya keatas diri kita semua...

Selawat dan salam Kita panjangkan kepada Nabi junjungan Muhammad Bin Abdullah (Rasulullah saw) yang telah menyampaikan islam keseluruh pelusok dunia, tidak lupa juga pada para Tabi'in, para Tabi'-Tabi'in, para ustaz walustazah, ikhwan walakhwat yang berada di pelosok Dunia, yang berjihad terus-menerus menyampaikan islam tanpa rasa jemu dan penat (Kadir Dakhwah).....

Semalam 28/9/08 telah diadakan Program Khattam AQ beramai-ramai di rumah Pak Lang Ki,
program ini di rancang oleh keluarga Pak Lang Ki yang kebetulan ingin mengadakan majlis Iftor. Sehubungan dengan itu, program ini telah dijadikan sebagai perbuka majlis iftar tersebut...

masjlis bermula pada jam 6.00 petang... dimulakan dengan Pengenalan Tentataif Program dan diiringin dengan bacaan Al-Fatihah....

Masa yang di peruntukkan untuk menghabiskan kesemua 30Jus AQ adalah 1 jam 20 min,
dengan pembahagian seorang satu/Dua Jus seorang...... walaupun masa yang diberikan agak tersasar sedikit, namun ianya tetap diteruskan pada selepas solat Maghri berjemaah...

program ini diteruskan dengan jamuan berbuka puasa yang sangat melazatkan...

kemuncak program ini adalah doa Khattam AQ yang dibacakan oleh Pak Lang Ki... dan penyampayian cendra hati oleh kelauarga Pak Lang Ki kepada semua wakil keluarga yang hadir......

dengan itu di ucapkan jutaan terima kasih kepada Mak Su Atul yang telah merakan sedikit kenangan pada program ini....

Segala yang silap harap dimaafkan, yang baik kita sama-sama teruskan, yang kurang sama2 kita perbetulkan, yang buruk sama2 kita jauhkan....


Salam Ramadhan.... dan Selamat Menyambut Fitrah....

Program IFTOR Ramadhan

13/9/08 dirumah
20/9/08 di rumah Pak Long Lah
28/9/08 Di rumah Pak Lang Ki

MAJLIS IFTOR JAMA`IE MINGGUAN

InsyaALLAH tradisi iftor jama`ie keluarga besar HASAN SALLEH akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini.. jadi sambutan positif dari ahli keluarga amatlah dihargai.. PULANGLAH BERSAMA TANGAN BERISI YE!!!! Ini lah peluang keemasan utk mengeratkan SILLAH yang kita ada.

Berbuka Puasa Bersama

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah, hari ini 1/9/08 merupakan hari cuti dan merupakan hari yang pertama didalam Bulan yang paling mulia iaitu Bulan Ramadhan, untuk pengetahuan, di rumah Tok Kiah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kelauarga besar Hasan...

Terima kasih diucapkan kepada Pak Long (Abdullah) sekeluarga yang telah merancang majlis tersebut... majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir semua anak-anak Tok Wan Hasan walaupun yang tidak semua dapat menghadiri terutama yang jauh-jauh tu.... Untuk yang jauh-jauh tu, jangan bersedih... inshaAllah ianya akan diadakan lebih kerap lagi di hari-hari yang akan datang..

Seperti yang kita sedia maklum.. pada bulan ini akan adanya pelbagai juadah makanan dan minuman terutama kuih-muih yang pelbagai bentuk dan rupa akan ada di pasaran, terutama di Bazar-bazar Ramadhan.... ini terbukti apabila terdapat pelbagai jenis juadah yang dimasak mahupun dibeli didalam Majlis Berbuka Puasa tersebut.. antara menu-menu adalah ayam masak merah, gulai labu, guali daging, sayur campur, kuih hijau, kuih tepong talam, keropok leko, air oren dan apa lagi ye... dah tak ingat la... tapi yang pentig sedap dan semuanya licin.... kalau tak caye boleh tengok gambar nanti ye....

Antara yang hadir di rumah Tok Kiah adalah..... Tok endut, Tok Piah, Pak long sekeluarga, Pak lang ki sekeluarga, Pak cik Asri sekeluarga, Mak andak sekeluarga, Mak andak zaharah sekeluarga, Mak teh Mardiah sekeluarga, Pak ngah Sukri sekeluarga, pak cik leh, pak su, Mak su, Mak long faridah sekeluarga, Pak da, wakil Pak long zu (anak2) , wakil Mak ngan ani (Lutfi) dan yang lain-lain.....

Jadi kemeriahhannya agak luar biasa... Untk yang jauh-jauh tu.... Tok Sampaikan Salam Ramadhan... Ambillah kesempatan ini untuk mengaut segala pahala yang ada... sempurnakan amalan wajib dan perbanyakkan amalan-amalan sunnat.... makanlah makanan yang berkhasiat agar dapat meyegarkan dan menyihatkan tubuh badan... Salam rindu dari Tok Kiah untuk semua yang jauh.... jika ada kesempatan call/sms la Tok.... sebab itu pun dah memadai untuknya...

Jika ada kelapangan call la Tok Kiah, janganlah kita mintak dia call kita pulak....!! untuk sesiapa yang Tok dah call tu.... cepat-cepat la call balik... atau cepat2 la Top Up balik kat Tok tu... sebab dia nak call orang lain pulak....

ok la... Tok Kiah, Tok Endut, dan Tok Piah sampaikan salam kat yang jauh-jauh tu....

wassalam....

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas