Biodata

Nama : Hj Hasan bin Salleh bin Arif
Nama Gelaran : Hasan Gemok/Hasan Tok Che`Ni/Pakcik Hasan
Asal :Kg. Banggol Enggok Malau, Kulim, Kedah.
Tarikh Lahir : 1934
Tarikh Meninggal : 6 September 1992 ketika berumur 58 tahun
Bil Adik-Beradik :7 orang (3 sudah meninggal)
Nama Isteri :1) Hjh Che Chak bt Hashim,8 orang anak, 46 cucu,cicit 8 orang 2)Siti Sofiah bt Talib,10 orang anak, 31 cucu , 2 cicit 3) Hjh Endot bt Ahmad, 6 orang anak, 11 cucu
Bil Anak :24 orang (12 lelaki & 12 perempuan)
Bil Cucu :89 orang
Bil Cicit : 11 orang
ANAK-ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
1-Hj Abdullah(1955)
2-Siti Rohani (19??)
3-Hj Ahmad Zuki(1959)
4-Rohenah @ Hasanah (19??)
5-Ahmad Tarmizi (19??)
6-Norma (1968)
7-Mohd Asri (1969)
8-Hjh Zirwatul Haryati (1976)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KEDUA:
1-Zulkifli (1969)
2-Mariam (19??)
3-Norasiah (19??)
4-Abdul Aziz (1976)
5-Azizah (1978)
6-Zaharah (1980)
7-Juwairiah (19??)
8-Mohd Firdaus (19??)
9-Abdul Hadi (19??)
10-Mohd Basri (19??)

ANAK-ANAK DARI ISTERI KETIGA:
1-Faridah (19??)
2-Sukri (1975)
3-Sabariah (1978)
4-Marziah (1980)
5-Nikmat (1983)
6-Idris (1988)

pic raya 2017

undangan perkahwinan kelantan (keluarga pasu syafie)

salam berikut undangan perkahwinan dari keluarga paksu syafie di kelantan.

Balai Polis Kuala Jambu
16210 Tumpat, Kelantan

https://goo.gl/maps/QXfxgKw5Bs12

kepada yang berkesempat diharap dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.

kepada yang dapat pergi diharap berhati-hati di jalan raya, perjalan memakan masa yang lama berikutan kesesakan lalulintan di musim perayaan ini.

kepada yang tak berkesempatan diharap dapat memberi ucapan pada paksu syafie moga lain waktu dapat hadir.

maklumat lanjut hubungi paksu syafie. sama-sama eratkan ukhuwah keluarga.

Selamat hari raya aidilfitri

Di kesempatan ini admin ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua ahli keluarga besar hj Hasan Salleh, admin baru sahaja kembali di blog ini atas usaha untuk menghidupkan kembali peninggalan berharga arwah (zirwahtulharyati hj Hasan) yang tidak pernah jemu mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga besar ini.

Selamat datang diucapkan kepada ahli-ahli baru dalam keluarga besar hj Hasan yang kini bertambah saban tahun. Sudah sekian lama kita tidak dengar bilangan jumlah ahli keluarga hj hasan yang selalunya dikira oleh beliau sendiri. Blog ini sudah sekian lama dibiarkan tanpa sebarang update, sedar tak sedar sudah 5 tahun dibiarkan tanpa coretan dan lakaran. Di sinilah segala kenangan boleh dipaparkan dan akan berkekalan untuk tatapan bersama.

Banyak usaha telah diakukan beliau untuk menghidupkan kembali blog ini, dengan kemudahan teknologi yang terkini beliau selalu berharap blog ini dapat daktifkan semula. disebabkan kekangan pada masa lalu telah menghadkan lakaran dalam blog ini.

Tibanya bulan Ramadan tahun ini sangat terasa kepada semua ahli keluarga hj hasan terutama ahli keluarga beliau sendiri kerana beliau telah tiada sebelum menjelang ramadan lagi. laluan ramadan tahun ini agak sunyi tanpa beliau dan sering teringat kembali kenangan beliau tinggalkan tahun tahun lalu dengan pelbagai aktiviti yang tidak pernah putus sepanjang ramadan. beliau adalah anugerah terindah dalam keluarga besar hj hasan.

Setibanya admin di iftor-iftor yang lepas banyak perbincangan bersama telah dilakukan bagi menghidupkan kembali usaha beliau, usaha ini juga diberi suntikan semangat oleh kekanda-kekanda beliau yang inginkan kemeriahan yang dilakarkan beliau sewaktu hidupnya diteruskan untuk jenerasi yang akan datang, banyak kenangan yang telah beliau lakarkan sewaktu hidupnya walaupun usaha beliau hanya sedikit dimata kita tetapi beliau telah meninggalkn kesan yang sangat mendalam pada keluarga besar hj Hasan. Diharap usaha beliau dapat di teruskan pada masa-masa akan datang oleh semua ahli keluarga hj hasan, penglibatan ahli keluarga besar hj Hasan amat dialualukan.

Muqaddimah Penulis

بسم الله الرحمن الرحيم.....
رمضان كريم
كل عام وانتم بخير

Ramadhan menjelma lagi... DIA menawarkan kita pelbagai HADIAH LUMAYAN tanpa perlukan modal untuk menyertai peraduan yang disediakan. Marilah sama2 kita merebut peluang ini, teringat lirik nasyid ini..

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG,
HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM,
JANGAN BUANG MASA,
SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH,
KITA ADA ALLAH MAHA KUASA,
KITA PUNYA KUASA TENAGA...
UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG....

Cemerlang hubungan kita dengan Allah, kita juga diperintahkan cemerlang hubungan sesama manusia.. kerana Firmannya :

واعتصموا بحبل الله ولا تفرقوا

Sempena Ramadhan yang bakal menjengah kita beberapa hari lagi, marilah kita kembali bertanya khabar dan menziarahi saudara mara kita, menyucikan jiwa, menghargai dan menghormati yang tua dan menyangi yang muda. Insya Allah maksu rasa tradisi keluarga kita yang sudah diamalkan beberapa tahun yang lalau akan diteruskan seperti biasa, cuma ada yang harus memulakannya.. IFTAR JAMAIE di setiap hujung minggu bagi keluarga HASAN SALLEH.

AYUH KITA SAMBUT RAMADHAN DENGAN MERIAH...

Teringat memori di Mesir dulu, hari-hari begini kaum arab sudah mula memasang lampu FANUS di rumah dan jalan2... memasang reben menghubungkan antara rumah2 @ apartmen berdekatan, di jalanan saling menyapa dengan ucapan RAMADHAN KARIM disambut pula dgn ucapan ALLAHU AKRAM. RAMADHAN LEBIH BERMAKNA BAGI MEREKA DARI MERAYAKAKAN AIDIL FITRI... Indahnya ISLAM...



NO PHONE TOK : 019-4585986
bagi sesiapa yang prihatin dan mampu mengubat jiwanya yang amat sunyi.


AKAUN UNTUK SUMBANGAN TABUNG KELUARGA


Maksu telah memulakan langkah dengan membuka akaun BSN atas nama maksu untuk menubuhkan TABUNG KELUARGA HJ HASAN.

Hanya untuk
permulaan, nanti kita bincang lain. Maksu rasa lebih baik
diwujudkan akaun bersama untuk lebih telus dalam menguruskannya..
Maksu guna BSN sbb hanya bank ni yg msu tak dak akaun lg... hehehe yang lain ada akaun tp duit kureng jgk.. ahaks.

Seperti yang disuarakan sebelum ini, sumbangan ini adalah untuk kegunaan kebajikan dan lebih kepada menganjurkan program2 tahunan keluarga dan seumpamanya. Bolehlah sms maksu
019 497 1766 untuk memaklumkan sekiranya ada ahli keluarga yang menyumbang...


AYUH JOM MENYUMBANG, TAK BANYAK RM10 JER SEBULAN.. KALAU LEBIH ALHAMDULILLAH

BSN 02004-41-00003629-9

ATAS NAMA : ZIRWATUL HARYATI BINTI HASAN

Makluman sumbangan yang dah diterima:

19 julai 2012 Muhammad Gahzali & Huda ( RM100 ) TERIMAKASIH

RANCANGAN PENGUMPULAN DANA KELUARGA HJ HASAN

Assalamualaikum

Sewaktu pulang dari sekolah kemaren.. hari khamis 19 april 2012.. maksu terfikir2 tentang keluarga besar kita... kita punya keahlian yang amat ramai, sebanyak 155 orang.. tetapi kadang2 diantara kita macam ada jarak. Mungkin cara hidup, persekitaran, pendidikan dan ada pendapat serta pandangan tersendiri membuatkan kita semakin jauh. Sudah berlaku kepada generasi ke 3 ( cucu2 hj hasan ), belum lagi pada generasi ke 4 yang masih kecil itu serta generasi2 seterusnya.

Sedangkan maksu lihat pada sebuah keluarga besar di kampong kita.. cucu2 maklong jah ( anaknya suami makngah nah yang jual kerepek pisang dan kopi kampong di kenali dengan nama abang awang ).. mereka punya generasi yang amat memelihara ukhuwah. antara contoh yang amat baik..

1 )Mereka punya dana sendiri sehinggakan mampu melabur utk membeli tanah yang mendatangkan hasil.. dengarnya hampir jutaan ringgit sekarang ( maksu kurang pasti.. tetapi sememangnya mereka mulakan dengan tabungan/sumbangan tetap ).

2) Mereka adakan pertemuan sebulan sekali secara berjadual di mana2 rumah yang telah ditetapkan menikut jadual yang telah diatur. Acara ini WAJIB!!

3) Mereka akan adakan HARI KELUARGA setiap tahun juga sebagai program wajib.

Maksu tidaklah mengharapkan kita punya dana sampai jutaan RM.. tetapi itu adalah contoh yang amat baik utk kita ambil dan laksanakan kerana kadang2 apabila berlaku sesuatu peristiwa ( contoh perkhemahan 2010 dan pemergian Allahyarham kekandaku Ahmad Tamezi ) kita banyak mengharapkan orang2 tertentu seperti paklong, paklang dan pakcik tampil menjadi sponsor... kadangkala ini agak membebankan kerana jumlah yang perlu dikeluarkan agak banyak sekali gus. Sedangkan kita tak tahu apakah mungkin mereka juga sedang agak kesempitan dan ada keperluan sendiri yang penting. Kerana maksu tau abang2 maksu ini jarang menolak apabila adik2 / anak saudara memerlukan mereka, kecuali kalau mereka benar2 sempit, itu pun kadang2 masih cuba usahakan.

Besar harapan maksu kita boleh menyumbang sedikit sahaja setiap bulan untuk tabungan keluarga ini.

CADANGAN MAKSU :

Setiap yang punya pendapatan sendiri menyumbang minima RM10 sebulan.

CADANGAN PAKLANG:

Setiap keluarga menyumbang RM5 seorang bagi setiap ahlikeluarga. Contohnya : Paklang mempunya ahli keluarga seramai 12 orang akan menyumbang RM60 setiap bulan.

Mungkin cadangan paklang itu agak membebankan bagi sebuah keluarga yang berpendapatan agak kurang seperti Mak Long Faridah yang mempunyai 4 orang anak dia kena keluarkan RM30 setiap bulan.

Tetapi boleh juga dipersetujui.. bagi yang kurang berkemampuan sumbangkanlah ikut keikhlasan masing2.

Andai ada yang boleh mulakan bertindak.. setkan satu tarikh mesyuarat keluarga dan kita bincang...

PROGRAM YANG KITA DAH BUAT

1) Majlis berbuka puasa secara bergilir setiap hari cuti. Biasanya hanya 4 kali dan sempat bertadarrus juga solat berjamaah bersama. Program ini amat baik utk kita teruskan.

2) Perkhemahan keluarga ( ada beberapa kali.. )

3) Usrah cucu2 Tok Kiah ( ada beberapa kali dianjurkan oleh aiman )


PROGRAM YANG MAKSU CADANGKAN

1) Wujudkan dana tabungan
  • Boleh kita gunakan untuk program2 seperti hari keluarga
  • Boleh kita sumbangkan untuk anak2 yang dapat sambung belajar ke peringkat tertinggi
  • Boleh kita jadikan "pinjaman" kepada ahli keluarga yang memerlukan seperti untuk
    memulakan perniagaan.
  • Boleh kita sumbangkan kepada ahli keluarga yang ditimpa masalah seperti sakit dan memerlukan rawatan tetapi mempunyai masalah membiayai bil hospital.
  • DAN MACAM2 KEBAIKAN YANG KITA DAPAT DAN BOLEH BUAT DENGAN DANA TERSEBUT.
2) Teruskan program berbuka puasa seperti tahun2 lepas

3) Program hari keluarga setiap tahun / perkhemahan dan seumpamanya secara terancang


Maksu amat2 mengharapkan tindak balas dari ahli keluarga...
email maksu: zirwatulharyati@yahoo.com

YA ALLAH, AKU AMAT SAYANG KELUARGA INI...

Majlis Tahlil & Aktiviti Ukhuwah

Pada 23/3/12 yang lepas beberapa aktiviti keluarga telah diadakan antaranya ialah majlis Tahlil Arwah Pak njang (Ahmad Tamezi Hasan) di rumah Pak Cik Asri (Asri Hasan), dan aktivity anak2 saudara bersama Pak Lang Ki.

1. ) Majlis Tahlil.

disini disertakan beberapa gambar sekitar majlis tersebut;





2. ) Aktiviti Ukhuwah.

Setelah selesai majlis Tahlil, Pak Lang Ki telah mencadang kan agar esok pagi diadakan program aktiviti bersama, kerana kebetulan pada masa tersebut P.Lang ki masih cuti begitu juga dengan anak2 Pak njang dan Mak Su Atul bersama anak2, keputusan sebulat suara bersetuju untuk memecahkan dinding lama rumah Tok Kiah untuk dibina semula kelak.

disini disertakan beberapa gambar yang sempat diambil ketika aktiviti tersebut;


Aktiviti dimulakan dengan sarapan bersama
Keletihan Ketika kerja tersebut

Objektif tercapai
keselamatan sangat diutamakan






Setelah selesai aktiviti tersebut, kami semua dihidang kan dengan air sejuk dan sedikit makanan ringan, dan akhir sekali hidangan yang paling istimewa ialah Air Lata Bukit Hijau, walaupun ada diantara kami yang tidak berksempatan ke Lata persebut kerana perlu balik segera, sbb abah dia mengamuk.. huhu.. kesian Amat.. =,="

Di harap kepada yang tidak berkesempatan tu janganlah kecewa, aktiviti selanjutnya akan diadakan lagi.. InsyaAllah semua akan dijemput pada masa akan datang.. ^,^

Catatan Popular

Berita Terkini

Capaian Pantas